Thursday, March 18, 2010

Erti 'Bekerja' Hari Ini dan Di Masa Hadapan

Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah rupa masa depan anak-anak anda? Ms Kay pasti jawapannya, "Sudah tentulah terfikirkannya. Masa depan anak tu.. mestilah difikirkan."

Sekitar Februari 2010 yang lalu, Ms Kay melewati beberapa buah bandar utama di sekitar Lembah Klang dan Selangor. Ms Kay cuba memerhatikan tren pekerjaan dan jenis-jenis pekerjaan yang ada pada hari ini.

Macam-macam jenis perniagaan dapat Ms Kay perhatikan di kiri kanan jalan. Kenal tak dengan Sunway Lagoon? Sebuah taman tema air untuk rekreasi seisi keluarga. Sunway Lagoon terletak di Sunway City - sebuah bandar yang pesat dengan aktiviti ekonomi. Padat dengan kawasan perindustrian kecil, hub rekreasi siang dan malam, hub kesihatan dan kawasan berkepadatan tinggi. Pendek kata, memang ramai orang yang tinggal di situ, yang bekerja di situ serta yang melawati kawasan sekitarnya sehari-harian.

Ms Kay lewati hampir ratusan pintu kedai dan pejabat. Ms Kay cuba cari iklan kerja kosong dari pintu ke pintu. Anehnya, tiada satu pun iklan kerja kosong pada hari itu. Mungkin tiada kekosongan bagi keseluruhan minggu itu. Atau tiada kekosongan jawatan bagi bulan itu juga.

Ms Kay juga telah kumpul maklumat dalam semua akhbar utama negara dalam pelbagai bahasa dalam tempoh seminggu sebelum dan seminggu selepas ekspedisi kecil ini. Hmm.. ada tawaran kerja kosong tetapi bukan pekerjaan untuk calon-calon yang inginkan pekerjaan berkolar putih.

Sebenarnya apa dah jadi kepada corak pekerjaan di negara kita. Senario ini juga Ms Kay jejaki di beberapa bandar lain di negara kita. Pekerjaan ada. Kekosongan pun ada. Kekosongan jawatan yang ada lebih terarah kepada jenis serta bentuk perniagaan yang dilaksanakan di seluruh negara.

Kita semua harus peka dengan perubahan ini. Pekerjaan di mana jua adalah sangat bergantung kepada kemampuan pemilik perniagaan. Besar perniagaannya maka, ada ruang kemungkinan, dia memerlukan lebih ramai pekerja. Tetapi ini tidak semestinya. Malah, dengan automasi moden, bilangan pekerja menjadi berkurangan meskipun kadar operasinya tinggi. Jika memerlukan pekerja yang ramai beerti corak perniagaannya berasaskan buruh. Contohnya seperti pengilangan dan cucian kereta atau restoran.

Sanggupkah kita menimbang untuk bekerja di tapak binaan dengan segulung ijazah? Bolehkan kita korbankan seketika gelaran graduan sebentar untuk bekerja sebagai jurujual di pusat membeli belah? Mampukah kita menjatuhkan harapan orang tersayang dengan memilih untuk bekerja di luar daripada bidang yang telah kita pilih, kita semai dan kita laburkan/

Semakin berilmu seseorang maka, semakin tinggilah juga harapan sesorang itu terhadap jenis pekerjaan yang ingin beliau ceburi. Salahkah beranggapan sedemikian? Semakin berilmu seseorang, semakin tinggilah harapannya terhadap tawaran gaji yang ditawarkan oleh bakal majikannya. Salahkah beranggapan sebegini? Sesuaikah nak dibandingkan dengan tren pemilihan pekerjaan oleh negara-negara pembekal pekerja asing seperti Bangladesh, Pakistan, Myanmar, Filipina dan Indonesia?

Apapun tanggapan dan buah fikiran anda, MS Kay tidak berniat menyatakan salah atau benar. Ms Kay lebih berminat untuk membantu mereka yang memerlukan 'kemahiran' tertentu untuk meneruskan kehidupan dan menyara kehidupan sehingga berjaya dalam acuan mereka sendiri.

Sama ada kita makan gaji atau berniaga, kita masing-masing telah membuat keputusan ke atas kehidupan kita. Ms Kay hanya ingin berkongsi beberapa ilmu penting yang sukar dipelajari di sekolah seawal usia 15 tahun. Ini sangat penting! Ilmu mengurus aspek kewangan dalam kehidupan masing-masing perlu disemai dan diterap sejak awal lagi. Pembentukan minda yang terbuka dan kritikal hanya akan berlaku dengan pengalaman dan pendedahan yang bersesuaian pada setiap peringkat usia remaja. Jadi, ikutilah tinta pena Ms Kay dari semasa ke semasa mengenai kepentingan wang, keperluan menyara hidup dan kecekapan membina kehidupan yang kurang berisiko tinggi.

My Reading Lists (Senarai Bacaan Ms Kay)

  • Twilight Eclipse
  • The Quick & Easy Way To Effective Speaking by Dale Carnegie
There was an error in this gadget