Monday, May 10, 2010

TUDUNG/ HIJAB KEGEMARAN SEPANJANG ZAMAN

Fabrik nipis separa jarang yang diperbuat daripada bahan 100% kapas atau jalinan bebenang bulu biri-biri atau sutera dikenali sebagai voile. Sejenis fabrik yang meminjam kata nama asalnya daripada bahasa Perancis. Voile membawa maksud veil dalam bahasa Perancis. Ini menggambarkan sifat fabric tersebut yang nipis dan jarang umpama layah di kepala si pemakai.


Fabrik voile mempunyai pelbagai kegunaan meliputi hiasan dalaman dan pakaian. Fabrik voile datang dalam pelbagai warna dan rekaan coraknya. Oleh kerana keistimewaannya, CG memilih antara fabrik pilihan kami dalam kalangan fabric voile. Fabrik voile seringkali mendapat nama berdasarkan Negara keluarannya seperti Japanase Voile, Korean Voile dan tidak kurang juga pada hari ini hasil keluaran Negara jiran iaitu Thai Voile. Perbezaan yang nyata jika dibandingkan daripada sesebuah Negara pengeluar adalah kualiti bahan mentah akhir fabrik berkenaan. Japanese voile mempunyai mutu yang tinggi dan seringkali menjadi pilihan pengilang.

 
Ikuti sorotan kanta pena Crowning Glory di pautan
http://sites.google.com/site/mskaydecluttering/in-the-news/tudunghijabkegemaransepanjangzaman

No comments:

Post a Comment

My Reading Lists (Senarai Bacaan Ms Kay)

  • Twilight Eclipse
  • The Quick & Easy Way To Effective Speaking by Dale Carnegie